Monday 12 May 2014

JOM MEMBACA BERSAMA 10 MINIT

TARIKH: 22 APRIL 2014
MASA: 1.00 - 1.10 PETANG
TEMPAT: DEWAN SK (P) PUDU SATU
SASARAN: SEMUA MURID SKPP1



Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit/Let’s Read Together For 10 Minutes (LRT) merupakan langkah besar-besaran oleh Perpustakaan Awam Negeri-negeri dalam memacu masyarakat ke arah minat membaca sekaligus menjadikan Perpustakaan Awam Negeri-negeri Se-Malaysia relevan dalam kehidupan masyarakat seharian.

Program ini akan dilaksanakan SECARA SERENTAK di seluruh negara pada Selasa, 22 April 2014 jam 10.00 pagi. Mengambil inspirasi dari konsep Earth Hour, pada hari berkenaan rakyat Malaysia akan BERHENTI SEBENTAR DAN MEMBACA BERSAMA-SAMA SELAMA 10 MINIT.

Program ini merupakan langkah pertama ke arah menjenama inisiatif membaca dengan tujuan menjadikan perpustakaan sebuah organisasi yang relevan dalam pendidikan selepas waktu persekolahan (school after school) dan melahirkan masyarakat generasi muda yang mencintai ilmu, berakhlak mulia, mentaati agama serta berkemahiran yang tinggi.
Warga Perhutanan, Jom Baca Bersama!!



GAMBAR SEKITAR PROGRAM





-Admin GPM-

No comments:

Post a Comment