Monday 12 May 2014

JOM MEMBACA BERSAMA 10 MINIT

TARIKH: 22 APRIL 2014
MASA: 1.00 - 1.10 PETANG
TEMPAT: DEWAN SK (P) PUDU SATU
SASARAN: SEMUA MURID SKPP1



Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit/Let’s Read Together For 10 Minutes (LRT) merupakan langkah besar-besaran oleh Perpustakaan Awam Negeri-negeri dalam memacu masyarakat ke arah minat membaca sekaligus menjadikan Perpustakaan Awam Negeri-negeri Se-Malaysia relevan dalam kehidupan masyarakat seharian.

Program ini akan dilaksanakan SECARA SERENTAK di seluruh negara pada Selasa, 22 April 2014 jam 10.00 pagi. Mengambil inspirasi dari konsep Earth Hour, pada hari berkenaan rakyat Malaysia akan BERHENTI SEBENTAR DAN MEMBACA BERSAMA-SAMA SELAMA 10 MINIT.

Program ini merupakan langkah pertama ke arah menjenama inisiatif membaca dengan tujuan menjadikan perpustakaan sebuah organisasi yang relevan dalam pendidikan selepas waktu persekolahan (school after school) dan melahirkan masyarakat generasi muda yang mencintai ilmu, berakhlak mulia, mentaati agama serta berkemahiran yang tinggi.
Warga Perhutanan, Jom Baca Bersama!!



GAMBAR SEKITAR PROGRAM





-Admin GPM-

Saturday 15 February 2014

MAJLIS PELANCARAN KEMPEN MEMBACA & NILAM PERINGKAT SEKOLAH

TARIKH: 11 FEBRUARI 2014
MASA: 1.00 PETANG
TEMPAT: DEWAN SK (P) PUDU SATU
SASARAN: SEMUA MURID SKPP1

Majlis ini bertujuan untuk:
  • Memperluas dan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan membaca sebagai kunci ilmu pengetahuan yang tidak terbatas.
  • Menjadikan minat dan tabiat membaca sebagai satu gaya hidup keluarga.
  • Mencungkil bakat dalam kalangan para pelajar.
  • Menarik minat para pelajar menggunakan Pusat Sumber sebagai gedung informasi.
Tentatif program:
1.00 petang      : Kata-kata Aluan Pengacara Majlis
                       : Ucapan perasmian oleh  Guru Besar
                       : Simbolik majlis pelancaran
                       : Nyanyian Lagu Budaya Membaca

                       : Majlis bersurai



GAMBAR SEKITAR MAJLIS



 -Admin GPM-

Saturday 18 January 2014

MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS PSS TAHUN 2014

TARIKH: 13 JANUARI 2014
MASA: 1.00 PETANG
TEMPAT: DEWAN SK (P) PUDU SATU
SASARAN: SEMUA PENGAWAS PSS

Majlis ini bertujuan untuk:
  • Mengiktiraf murid-murid yang berpotensi memimpin dan bertanggungjawab.
  • Memperkenalkan pengawas PSS kepada warga sekolah.
  • Menyerahkan tugasan dan tanggungjawab yang akan dilaksanakan oleh pengawas yang dipilih.
Tentatif program:
 1.00 petang                : Ucapan alu—aluan pengacara majlis
                                  : Ucapan Guru Besar
                                  : Majlis Pelantikan
                                  : Ikrar
                                  : Majlis bersurai


GAMBAR SEKITAR MAJLIS



Friday 17 January 2014

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS & PENGAWAS PERCUBAAN PSS

TARIKH: 11 JANUARI 2014
MASA: 7.30-5.00 PETANG
TEMPAT: PUSAT SUMBER SK (P) PUDU SATU
SASARAN: SEMUA PENGAWAS PSS & PENGAWAS PERCUBAAN

Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan pengawas dan pengawas percubaan PSS tentang:
  • keyakinan diri serta kebolehan dalam menjalankan tugas kelak.
  • pendedahan yang lebih mendalam tenatng peranan dan tanggunjawab untuk menjalankan tugas yang diamanahkan.
  • sikap kerjasama dan saling bantu membantu di dalam menghadapi cabaran.
Tentatif program:

7.30-8.00pg      Pendaftaran
8.00-9.00pg      Peraturan dan Disiplin PSS
9.00-10.00pg    Pengurusan Kaunter
10.00-10.30pg  REHAT
10.30-11.30pg  Pemprosesan Buku
11.30-12.30tgh Amali Pemprosesan Buku
12.30-2.00ptg   REHAT & SOLAT
2.00-3.00ptg     Amali Pemprosesan Buku
3.00-5.00ptg     Keceriaan PSS

GAMBAR SEKITAR KURSUS