Monday 16 February 2015

Kursus Kepimpinan Pengawas PSS

Program ini dijalankan bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada para peserta kursus supaya melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi.

Objektif:


  1. Memupuk keyakinan diri dan kebolehan melaksanakan tugas
  2. Memberi pendedahan yang lebih mendalam untuk menjalankan tugas yang diamanahkan
  3. Mendedahkan teknik dan cara dalam pelaksanaan tugas



SELAMAT MENJALANKAN TUGAS SEBAGAI 

PENGAWAS PSS 

Monday 9 February 2015

Pelancaran Kempen Membaca SKPP1


Tujuan Kempen Membaca dijalankan adalah untuk menggalakkan semua warga SKPP1 memupuk semangat membaca dalam diri mereka dan meningkatkan rekod bahan bacaan Nilam untuk semua murid.





Friday 30 January 2015

Majlis Pelantikan Pengawas PSS

Majlis Pelantikan Pengawas bertujuan untuk memberi mandat dan keizinan kepada murid yang terpilih untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai Pengawas PSS.  Program ini telah berjaya dilaksanakan pada 26 Januari 2015 yang lalu. 

Seramai 10 orang pengawas PSS telah dilantik dan menerima watikah pelantikan.


  1. Humaira Begum Bt Abdul Haliku
  2. Suzzan Jessie a/p Rajilu
  3. Nur Maisarah Bt Abdul Khair
  4. Nur Damia Bt Abdullah
  5. Karteyaini a/ Sivakumar
  6. Yip Xin Li
  7. Neelufer Deleena Bt Muhamad Feruz
  8. Harshini a/p Letchumanan
  9. Nur Alia Syahira Bt Sayori
  10. Nur Sri Afiqah Bt Alias








Friday 16 January 2015

Orientasi PSS Murid Tahun 1 Mawar


Pada sesi baharu kemasukan murid Tahun 1 2015, pihak PSS telah memperkenalkan fungsi PSS kepada semua murid Tahun 1. Murid dibimbing bersama oleh guru PSS iaitu Puan Fatin Farhana untuk memberi penerangan serta taklimat berkaitan proses peminjaman dan pemulangan buku, bahagian-bahagian rak bacaan buku serta peraturan PSS. 



Monday 5 January 2015

Selamat Kembali ke Sekolah

Welcome back to school!!


Hari ini merupakan hari pertama murid-murid SK (P) Pudu Satu kembali ke sekolah pada tahun 2015. Semoga murid-murid kembali dengan semangat yang membara untuk terus belajar. PSS SKPP1 sentiasa mengalukan-alukan kehadiran murid-murid ke pusat sumber sekolah kita. 



Monday 12 May 2014

JOM MEMBACA BERSAMA 10 MINIT

TARIKH: 22 APRIL 2014
MASA: 1.00 - 1.10 PETANG
TEMPAT: DEWAN SK (P) PUDU SATU
SASARAN: SEMUA MURID SKPP1



Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit/Let’s Read Together For 10 Minutes (LRT) merupakan langkah besar-besaran oleh Perpustakaan Awam Negeri-negeri dalam memacu masyarakat ke arah minat membaca sekaligus menjadikan Perpustakaan Awam Negeri-negeri Se-Malaysia relevan dalam kehidupan masyarakat seharian.

Program ini akan dilaksanakan SECARA SERENTAK di seluruh negara pada Selasa, 22 April 2014 jam 10.00 pagi. Mengambil inspirasi dari konsep Earth Hour, pada hari berkenaan rakyat Malaysia akan BERHENTI SEBENTAR DAN MEMBACA BERSAMA-SAMA SELAMA 10 MINIT.

Program ini merupakan langkah pertama ke arah menjenama inisiatif membaca dengan tujuan menjadikan perpustakaan sebuah organisasi yang relevan dalam pendidikan selepas waktu persekolahan (school after school) dan melahirkan masyarakat generasi muda yang mencintai ilmu, berakhlak mulia, mentaati agama serta berkemahiran yang tinggi.
Warga Perhutanan, Jom Baca Bersama!!



GAMBAR SEKITAR PROGRAM





-Admin GPM-

Saturday 15 February 2014

MAJLIS PELANCARAN KEMPEN MEMBACA & NILAM PERINGKAT SEKOLAH

TARIKH: 11 FEBRUARI 2014
MASA: 1.00 PETANG
TEMPAT: DEWAN SK (P) PUDU SATU
SASARAN: SEMUA MURID SKPP1

Majlis ini bertujuan untuk:
  • Memperluas dan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan membaca sebagai kunci ilmu pengetahuan yang tidak terbatas.
  • Menjadikan minat dan tabiat membaca sebagai satu gaya hidup keluarga.
  • Mencungkil bakat dalam kalangan para pelajar.
  • Menarik minat para pelajar menggunakan Pusat Sumber sebagai gedung informasi.
Tentatif program:
1.00 petang      : Kata-kata Aluan Pengacara Majlis
                       : Ucapan perasmian oleh  Guru Besar
                       : Simbolik majlis pelancaran
                       : Nyanyian Lagu Budaya Membaca

                       : Majlis bersurai



GAMBAR SEKITAR MAJLIS



 -Admin GPM-