Monday 18 March 2013

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM BACATHON 2013


TARIKH: 18 MAC 2013
MASA: 1.00 PETANG
TEMPAT: DEWAN SK (P) PUDU SATU
SASARAN: SEMUA WARGA SKPP1
DIRASMIKAN OLEH: PUAN ISMAWATI BINTI ALI (GPK TADBIR & KURIKULUM)

Tujuan program

1. Memupuk minat suka membaca di kalangan murid-murid SKPP1.
2. Melengkapkan Pusat Sumber Sekolah dengan bahan-bahan bacaan.
3. Menceriakan Pusat Sumber Sekolah.
4. Menambahkan tabung PIBG untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti sekolah sepanjang tahun.
5. Memberi pendedahan kepada ibu bapa dan warga sekolah pengalaman Program Bacathon.

Tentatif Program:


1.00 petang:
· Murid Berkumpul di dewan
· Ucapan Pengerusi Majlis
· Ucapan Guru Besar
· Majlis Pelancaran
· Bersurai

PELAKSANAAN PROGRAM

Tarikh Pelaksanaan

· Tarikh kutipan melalui kad bermula dari 15 Mac 2013 hingga 30 Jun 2013.
· Kad kutipan derma bersama-sama buku Program NILAM hendaklah diserahkan kepada guru kelas masing-masing pada 16 Jun 2013.

Syarat Penyertaan

· Wajib kepada semua warga SKPP1
· Semua murid diwajibkan membeli kad penyertaan yang berharga RM2.00.
· Murid-murid akan dibekalkan dengan sekeping kad kutipan derma. Hanya ibu bapa sahaja yang wajib membuat kutipan derma.

Pemilihan Pemenang

Kategori Pemenang
· Bacaan terbanyak sepanjang tempoh yang ditetapkan.
· Murid membaca buku paling banyak iaitu Tahap 1 & 2. ( 2 pemenang )
· Murid-murid membaca buku paling banyak mengikut aliran 
· Tahun 1, 2 dan 3 = 9 pemenang
· Tahun 4, 5 dan 6 = 9 pemenang
· Kutipan RM300.00 ke atas layak menerima HADIAH KHAS.

GAMBAR SEKITAR MAJLIS






-ADMIN GPM-