Saturday 7 July 2012

BUKU BULAN INI



Gesekan Er Hu



GESEKAN ER HU


Buku bulan ini adalah Gesekan Er Hu yang memuatkan 64 cerpen yang diangkat daripada Peraduan Menulis Cerita Kanak-kanak Sempena Hari Guru Tahun 2009. Peraduan ini merangkumi empat kategori penyertaan, iaitu kategori sekolah rendah, sekolah menengah rendah, sekolah menengah atas dan guru. Cerpen-cerpen yang terpilih dalam antologi ini ialah cerpen yang memenangi tempat pertama, kedua, ketiga dan lima cerpen hadiah sagu hati yang ditulis dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. Setiap cerpen dalam antologi berdasarkan tema yang ditetapkan oleh penganjur, iaitu "Terima Kasih Cikgu". Selain itu, cerpen-cerpen yang dihasilkan berlatarbelakangkan pelbagai lapisan masyarakat dan aspek kehidupan. Namun begitu, cerpen-cerpen ini masih berkisar di sekitar kehidupan dunia murid. Gesekan Er Hu sarat dengan nilai-nilai murni yang mampu menjadi pemangkin dalam membina jati diri murid.

~ BOLEH DIBACA DAN DIPINJAM DI PUSAT SUMBER SK (P) PUDU SATU ~

-Guru PSS-

No comments:

Post a Comment